Sunday, November 4, 2012

hargai.appreciate

hye everyone, just update my blog to share something. let's take a look :)

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya, ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang. 

pelajar:cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 

cikgu:okay, kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. dah petik rumput yang PALING cantik bawa ke kelas.

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pun di tangannya. cikgu bertanya 

cikgu:kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar:tadi masa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata pilih yang paling cantik, jadi saya pun jalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh ke belakang semula jadi tiadalahh rumput yang saya boleh petik.

cikgu:ya itulahh jawapannya. maknanya bila kita dah jumpa dengan seseorang yang kita sayang jangan lahh kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik nya jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingat lahh orang yang paling kita sayang itu lah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak ikutkan banyak lagi yang baik dan cantik seperti rumput tadi.

korang faham kan? so moral of the story appreciate lahh orang yang ada depan mata korang, orang yang korang sayang :)

 sincerely, afi doufi
lots of love xx 
         

No comments:

Post a Comment