Monday, May 14, 2012

KAU DAN KAU?


aku duduk termenung di salah satu bangku yang terletak di hujung taman. aku melihat pasangan bercinta berjalan beriringan, bermesra tetapi apa yang aku rasa hanya sekadar pandangan kosong. hambar.

fikiran aku bercelaru memikirkan antara kau dan kau.

kau yang pertama, yang sentiasa berada dalam pemikiran aku, tidak pernah walau sedetik pun aku melupakan diri kau. nama kau sentiasa di sebut di dalam doa ku selepas sahaja aku sempurna menunaikan kewajipan Nya. memohon petunjuk agar kau adalah jodoh aku. mugkin.

kau yang kedua, tidak pernah terlintas difikiran aku untuk bersama dengan kau. aku hanya menganggap kau sekadar kawan biasa tidak pernah lebih. tetapi hari demi hari layanan kau terhadap aku begitu berbeza dan aku mula merasa dekat dengan diri kau. tetapi perasaan takut untuk terus mendekati kau begitu kuat kerana sahabat- sahabat kau adalah musuh kepada ku.

aku keliru. aku perlukan jawapan. jika aku terus menanti kau yang pertama adakah penantian aku ini akan membuahkan hasil? aku sedar di sana ada wanita yang masih menunggu dan mengharapkan kau tetapi kau menolak. adakah penolakan itu kerana diri aku? tidak adalah jawapan kau. aku pasti itu.

dan kau yang kedua. aku tidak mahu untuk jatuh cinta dengan kau. tetapi jika sudah jodoh kau dan aku tertulis di atas takdir yang maha Esa aku berserah. apa yang aku takutkan adalah penerimaan sahabat-sahabt kau yang merupakan musuh aku. adakah dia akan meneria kau dan aku seadanya atau dia akan terus membenci kau kerana aku? aku buntu.

segalanya telah dirancang oleh yang maha Kuasa. yang maha Mengetahui siapa yang lebih baik untuk diri aku yang lemah tidak sempurna.aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Nya agar suatu hari nanti siapa pun yang hadir dalam hidup aku adalah yang terbaik daripada Nya. insyaAllah.

-NURAFIQAHAZLIN-

No comments:

Post a Comment